Maulidur Rasul 1433H (2012)
KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia.
Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka.
Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Kesimpulan
Wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Sumber: Akhbar Utusan Malaysia
TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM
TAHUN 2012 / 1433 - 1434 H BAGI MALAYSIA
12 Rabiulawal 1433 5 Feb 2012 Maulidur Rasul
27 Rejab 1433 17 Jun 2012 Israk dan Mikraj
1 Ramadhan 1433 21 Julai 2012 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1433 6 Ogos 2012 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1433 19 Ogos 2012 Hari Raya Puasa/Idul Fitri
1 Zulhijjah 1433 17 Oktober 2012 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1433 26 Oktober 2012 Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1434 15 November 2012 Awal Muharam/Maal Hijrah
No comments:
Post a Comment