Sunday, 8 April 2012

..Ting Tong..

ting.. tong... ting.. tong.. 


ahh.. sapa lak mai time2 rehat cam nih..
potonnn ar.. 
ku tengok kat cctv..
ada budak kechik yg tekan loceng..
slaluw nye budak besaq..
depa ingat atas nih.. tempat mesin kuda..
slaluw nye.. ku lah kena turun gtaw..


rini bkn cite ore ingat atas kedai mesin..
tp sumone budak kechik mai tanya..
'abg makan tak lagi..?'
cam na nak jwb..jeng.. jeng. jeng..
langkah terbaik.. diam ajew.. n tanya.. kenapa..??
budak kechik nih pun jawab..
'saya tak makan lagi..lapar..'
ku kata.. p lah makan..
dijawabnya tiada duit.. n mintak dibelanja makan..


cam na nak jwb.. jeng.. jeng.. jeng.. 
kebetulan En. Rahim bawak mai buah Mempelam..
so.. ada modal ku nak jwb..
ku bertanya..
'buah pelam ada.. makan tak.. nak tak..?'
nasib jwpn diterima.. NAK..


tanpa melengah.. 
ku cari plastik..
n bungkuskan sebiji buah Mempelam tuk budak kechik yg mintak dibelanja makan td..
bagus budak kechik tuh.. 
sebab membalas.. Terima Kasih abg.. dan berlalu pergi..




..mempelam OkOkLa..

Monday, 2 April 2012

jawapan

Rini ku antar lagi message yg sama..


Assalamualaikum, bos, sy nak berhutang dgn bos rm 2ribu nak buat duit pendahuluan beli motosikal, boleh?
message sent 1539 p.m to Ir. Azizi Sudin..

Tunggu dulu. Kewangan ofis x berapa mengizinkan. Nak byq hutang part timer dulu. 

so.. dah dapat jawapan..
 ok.


Sunday, 1 April 2012

1 April 2012


Assalamualaikum. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day 
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah 
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. 


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan 
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak 
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya 
runtuh diserang tentera-tentera Kristian. 


Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam 
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian 
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan 
orang-orang Islam di Sepanyol. 


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar 
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan 
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. 
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu 
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang 
dimaksudkan. 


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan 
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan 
menuju ke perlabuhan. 


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah 
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. 


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. 
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh 
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah 
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. 


Peristiwa berdarah ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol 
tetapi juga di serata dunia. 


Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini 
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya 
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka 
sendiri. 


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita 


Petikan daripada Risalah Fikrah
Suntingan semula oleh BOM321
Copy oleh OkOkLa..

hutang

Assalamualaikum, bos, sy nak berhutang dgn bos rm 2ribu nak buat duit pendahuluan beli motosikal, boleh?
message sent 0830 a.m to Ir. Azizi Sudin..

xtaw bos bagi ka tak..
kena buat surat dulu kowt..
ada sejarah..
ku nak pinjam rm 5rat pun, bos swoh buat surat..
padda aih..
org lain pinjam rm sibu.. senang ja.. xyah pun buat surat..
mintak tengahari.. petang dapat..

huhh..
mood SpoiL