Sunday, 1 April 2012

1 April 2012


Assalamualaikum. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day 
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah 
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. 


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan 
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak 
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya 
runtuh diserang tentera-tentera Kristian. 


Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam 
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian 
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan 
orang-orang Islam di Sepanyol. 


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar 
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan 
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. 
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu 
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang 
dimaksudkan. 


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan 
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan 
menuju ke perlabuhan. 


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah 
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. 


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. 
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh 
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah 
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. 


Peristiwa berdarah ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol 
tetapi juga di serata dunia. 


Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini 
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya 
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka 
sendiri. 


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita 


Petikan daripada Risalah Fikrah
Suntingan semula oleh BOM321
Copy oleh OkOkLa..

No comments:

Post a Comment